Pages

Monday, 29 July 2013

O.o

Banyak-banyak kuda, kuda apa yang paling panjang?

Banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.

Banyak-banyak kuih, kuih apa ada bawang besar ditengah-tengah?

Banyak-banyak lembu, lembu apa yang orang suka cari?

Banyak-banyak binatang.... binatang ape yang bertelur dan beranak.....?

Banyak-banyak pokok, pokok apa yang baik hati?

Banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?

Banyak-banyak air, air apa yang paling berani?

Banyak-banyak huruf, huruf mana yang boleh kahwin...

Banyak-banyak ikan, ikan apa yang pemalu?

O.o

Banyak-banyak kotak, kotak apa yang tak boleh diankat?

Banyak-banyak orang.. orang apa tak kawin?

Banyak-banyak gurun, gurun mana tanamannya subur?

Banyak-banyak cecair, cecair apakah yang menjadi beku bila dipanaskan?

Banyak-banyak binatang, binatang apa yang baik hati????

Banyak-banyak Tahi, tahi apa yang tak berbau?

Banyak-banyak burger, burger apa yang buat kita gembira?

Banyak-banyak tempat, dimanakah air tidak pernah cerah?

Banyak-banyak ikan, ikan apa yang selalu sakit perut?

Banyak-banyak singa, singa apa yang tak makan daging?

O.o

Banyak-banyak Burung, Burung apakah yang paling penyayang?

Banyak-banayk buah, buah apa tidak bertangkai?

Banyak-banyak daun, daun apa tidak bertangkai

Banyak-banyak binatang, binatang apa tidak berkaki?

Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

Banyak-banyak binatang, binatang apa tangannya di kepala, kakinya di kepala, badannya di kepala?

Banyak-banyak burung, burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

Banyak-banyak bintang, bintang apa hidup di laut?



Jawapan : Burung belatuk... sebab dia bela atuk.Buah Melaka,Daun terup, Ular, Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah, MILO AIS, Kutu, Penguin, Tapak Sulaiman.

Monday, 22 July 2013

Burung

Hobi ketua kampung adalah memeliharaburung. Pada suatu hari kesemua burungnyahilang. Oleh kerana ketua kampung tersangat marah, dia mengumpulkan penduduk kampung. Hampir 200 penduduk datang ke balai raya.... Ketua kampung : Siapa ada Burung?Semua lelaki yang hadir terus berdiriKetua kampung sedar yang cara dia bertanya salah ..... Ketua kampung: Bukan burung itu maksud saya ..Siapa pernah nampak burung?Semua wanita berdiri. Ketua kampung bertambah marah... Ketua Kampung : Maksud saya, siapa pernah nampak burung yang bukan miliknya ?Setengah wanita berdiri... Ketua kampung semakin gugup... Ketua kampung: maaf skali lagi... Maksud saya adalah , siapa pernah tengok burungsaya? 5 orang wanita berdiri..Ketua kampung segera lari lintang pukang kerana dikejaroleh isterinya..

Buah-Buahan

Dalam satu pertandingan antara buah-buahan tempatan, berkatalah buah durian dengan angkuhnya "Siapa lagi diantara kamu yang sanggup berlawan dengan aku, aku percaya tiada lagi yang dapat mengalahkan aku". Dikalangan buah-buahan tempatan yang mendengar kata-kata durian itu berkatalah belimbing kepada durian "Kalau kau setuju aku akan membawa saudaraku untuk bertarung dengan kamu" mendengar kata-kata belimbing tadi durian pun ketawa sembil berkata "Ha... Ha.. ha.. aku tau kau nak membawa belimbing besi untuk bertarung dengan aku kan ,.. silakan bawalah berapa ramai sekali pun mereka kemari aku sedia menerima cabaran mereka" Buah-buah lain yang hadir di pertandingan itu menasihatkan belimbing agar membatalkan saja niatnya untuk membawa saudaranya bertarung dengan durian, tetapi belimbing tetap berkeras hendak membawa saudaranya bertarung. Belimbing merasa geram dengan sikap durian yang semakin sombong dan angkuh.

Maka belimbing pun membawa saudaranya masuk ke dalam gelangang dan pertandingan pun bermula. Durian dengan angkuhnya baring sambil meniarap di gelangang dan berkata "Aku beri peluang saudaramu ini untuk menghempap diriku dulu dan kita akan lihat nanti siapa yang merasa sakit pula ha..ha..ha.." kata durian dengan sombongnya. Maka dihempap lah durian oleh saudara belimbing tadi. Dengan hanya sekali hempap durian pecah dan terbelah dua. Durian yang agaak terkejut dan merasa sakit lantas bangun dan menoleh kepada saudara belimbing tadi. Durian merasa terkejut melihatkan saudara belimbing tadi lalu berteriak dan mengadu kepada Cempedak yang mengadili pertandingan tersebut "Hoiii... mana aci macam ni, ini dah kira tipu.. dia ni kan penyu belimbing, kalau macam ni matilah aku..."

Bermacam-macam Ayam

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kiraan ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa ..Kerana merasa bahawa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya.

Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :

Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.

Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap dalam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam....

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, "PANGGGGGG!!!" si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.

Kenapa?????

[jawapan ada di bawah]

Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni...?
SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"

Nenek Cucu

Cucu: Nek, nek…. datuk meninggal dunia..

Nenek: Bila cu..?

cucu: Baru jer ni, jatuh dalam bilik air, cepat nek, semua org tengah berkumpul..

Nenek: iya iya..! eh, cu…pinjam ipad kamu dulu jap..

Cucu: La, nak buat apa nek?

Nenek: Nak buka FB

Cucu: ohh, pasti nak update wall kawan-kawan nenek atas kematian datuk ya? Ok, dah nek..

Nenek: Bukan la cu…. Cuma nenek nak update status Nenek dari “Married” kepada “Single..”

Suami Isteri

suami: tak rugi abang kahwin syg ni...
Isteri: yeke abang? Kenapa?
Suami: yela, badan gebu, mantap lagi tu...
Isteri: nakal la abang ni....
Suami: tapi yg gambar macho ni siapa? Bapa syg? Abg syg? Bf syg? Oooo syg curang sama abg ya!!!!!!!
Isteri: bu bu buu bukan abang. Jangan caakp begitu...
Suami: habis ini gambar siapa?!!!!
Isteri: ini gambar syg sebelum operate...
Suami: HAHHHHHH???? *@/?!!**^%^&...........

Kulit Apa??

nak beli : bro,,harga dompet kat sana tuh berapa?
nak jual : rm250, dari kulit ular..
nak beli : Kalau tu,yang di hujung tuh?
nak jual : rm300,dari kulit buaya..
nak beli : Kalau yang kt tengah itu?
nak jual : Sama encik,dari kulit biawak..
nak beli : hadoii,mahal-mahal semua nie!! Yg harga rm15 ada?
nak jual : Ada..
nak beli : Dari kulit apa?
nak jual : Kulit pisang~~~~

Bulih tanya kah??

me : Hi, buat apa tu?
girl : bAr1nG j3 n1 h3h3
me : Ouh, saya mo tanya baini bulih?
girl : b0l3h j3ww h3h3
me : Kenapa ko reply text pakai calculator?cmna ko guna?

Thursday, 4 July 2013

Sekali lagi Latihan industri

Dah turun  site dah...
Nampaknya dah hampir setahun lebih aku tidak menulis dalam blog ni.. terlalu busy agaknya..
kali ni nak bercerita sedikit mengenai latihan industri yang akan berjalan selama 10 minggu.. kali ni menjalankan latihan industri ditempat yang sama setelah percubaan ku yang lain tidak berjaya...
nak tak nak terpaksalah LI dekat tempat lama.. selamat di terima.... hahahaha

Akhirnya hari yang dinanti telah tiba.. masuk hari ini hari yang ke-4 aku menjalani LI... memang terasa kosong apabila kita sendiri tidak mengetahui kerja yang harus dilaksanakan. pada minggu ini jabatan tempat aku LI agak busy sikit dengan kehadiran orang besar untuk melaksanakan mesyuarat.

sepanjang hari aku hanya menghadap laptop dengan ditemani youtube dan Facebook. kalau tak da semua ni mesti aku dah tak tentu arah nak buat apa...

harap2 lepas ni boleh lah buat report dengan sempurna .. nak minta contoh laporan baru boleh buat rasanya report ni....

mengenang akan nasib .. nampaknya kali ni tak da cuti... habis paper 28 jun kemudianya 29 balik rumah. 1 julai dah mula LI... habis je LI 6 september balik semula 9 julai... memang tak da cuti.. hari2 aku habis kat ofis je....

tapi untuk mencapai cita2 akan aku teruskan juga....

::mulai hari ni memang byk update dari blog ni, bagi mengisi kekosongan ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...