Pages

Sunday, 10 November 2013

Rumah sakit

Ada satu cerita di perkampungan yang sangat aman damai, warga kampung tersebut kebanyakanya adalah orang-orang tua yang telah lanjut usianya. nak dijadikan cerita adalah seorang wanita berusia emas mengalami suatu masalah kesihatan, maka wanita tersebut pun pergi berjumpa Doktor disebuah klinik

Wanita : Doc saya mengalami masalah yang saya rasa tiada ubatnya, semenjak beberapa tahun ini saya berkentut tidak henti-henti setiap masa,

Doctor : erm...

Wanita : tetapi yang baiknya Doc kentut saya ini sangat pelahan sehingga tidak mengeluarkan bunyi dan juga tidak berbau.

Doctor : hmmmm....... ( mengangguk tanda mengerti)

Wanita : boleh kah Doc mengubati panyakit saya ini??

Doctor: ambil ubat ini dan kembali semula beberapa hari.

selang beberapa hari setelah memakan ubat yang diberikan oleh Doctor wanita tersebut datang semulake klinik tersebut

Wanita : Doc ubat apakah yang Doc berikan kepada saya tempoh hari??

Doctor : adakah ubatnya berkesan?

Wanita : tidak, saya tetap berkentut setiap masa, cuma kali ini ianya mengeluarkan bau yan sangat kuat.

Doctor : Bagus, maknanya deria bau anda telah kembali normal, kali ini kami akan berusaha untuk menyelesaikan masalah pendengaran anda pula...

Wanita : !@#$%....


Dah cuti midterm

Masa memang sungguh pantas, sekarang pun cuti midterm dah nak habis.. rasanya banyak lagi kerja yang perlu aku buat.. ...

Rasanya macam baru semalam cuti bermula, FYP , Assignment dan Group discussion tak buat lagi. Tapi tak apa lah.. yang penting cuti midterm kali ni aku dah jalan-jalan pergi Utara.....  ... hahahaa.......

Masa cuti ni dah balik dari jalan-jalan tu terperuk kat rumah nak siapkan fyp yg tak pandai nak siap, layan fb layan youtube... memang tak jalanlah kerja...

Apa2 pun harap minggu depan ni jadi lagi jalan2....



Kereta dibersih

Taipei: Selepas penduduk di kawasan kejiranan di bandar raya ini mengadu bahawa kereta mereka dibersihkan seseorang tanpa izin, polis berjaya menjejaki individu yang melakukan perbuatan itu.

Ketika disoal siasat polis mengapa dia membersihkan kereta jirannya hingga berkilat, lelaki terbabit berkata, dia mengalami kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) dan berasa terdorong untuk mengelap kereta. Polis kemudian membebaskannya tanpa sebarang dakwaan. Bagaimanapun, ketika beredar dari balai polis, dia menyedari bahawa kereta peronda polis di situ kelihatan kotor lalu mula mengelap kenderaan itu. Polis kemudian dilaporkan memberinya NT$100 (RM11) sebagai upah dan memintanya agar berhenti melakukannya. - Agensi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...