Ini ada satu teka teki :
Sebuah kapal dagang Jepun baru
memasukki lautan pasifik. Kapten
kapal yg keletihan mengambil
kesempatan untuk mandi bagi
menyegarkan badan. Selesai mandi
dan pakai unifom dia sedar cincin,
gelang emas dan jam rolexnya yg
semuanya bernilai 50,000yen telah
hilang dari atas mejanya semasa
dia mandi tadi.
Dengan segera dia panggil 5 kru
kapal yg disyakki mencuri barang
kemasnya. Kapten menyoal setiap
seorang kru apa yg dia sedang
lakukan dalam tempoh 30 minit yg
lalu.
Tukang masak Filipina (sambil
memakai kot tebal) :
"saya berada dalam bilik ais
mengambil daging untuk dimasak"
Jurutera Australia(sambil
memegang lampu suloh) :
"saya sedang memeriksa enjin
kapal dibilik bawah dek"
Laskar India : "saya berada di atas
tiang mast untuk membetulkan
bendera yang dipasang terbalik"
Pegawai British : "saya sedang
menghubungi pelabuhan
memaklumkan pergerakan kita"
Pegawai Jerman : "saya sedang
tidor dibilik saya kerana malam
tadi saya lewat habis kerja"
Kapten telah dapat tangkap
pencurinya!!! -
Siapakah pencurinya dan
macamana kapten tahu dia
berbohong?
Sila jawab
Answer
Answer
No comments:
Post a Comment